Dh berhabuk..latest wedding checklist

Checklist for my Wedding preparation.(this checklist is actually a combination from several B2B blogs..thanks you all)

*1 months before the day.
-----------------------------------------------------------------------------

Date -COMPLETED!!
- Nikah : 11 Nov 2011 (Evening)
- Berinai : 11 Nov 2011 (Night)
- Bride's Reception : 12 Nov 2011
- Groom's Reception (Bertandang) : 26 Nov 2011

----------------------------------------------------------------------------- 

Venue -COMPLETED!!
- Nikah : Masjid.-Masjid uniten..Done
- Bride's Reception : Home.Done
- Groom's Reception (Bertandang) : Home. Done
-----------------------------------------------------------------------------

Kursus Kahwin & Legal Documents  -COMPLETED!!
- Kursus Kahwin : Done
- HIV Test : Done
- Legal Docs (Borang Nikah and Tok Kadi's Thingy) : Done
-----------------------------------------------------------------------------

Theme -COMPLETED!!
- Nikah : Done
- Bride's Reception : Done
- Groom's Reception (Bertandang) : Done

-----------------------------------------------------------------------------

Make Up Artist (MUA)  -COMPLETED!!
- Nikah + Berinai: Done. Deposit paid
- Bride's Reception : Done. Half paid
- Groom's Reception (Bertandang) : Done. Deposit paid

 

-----------------------------------------------------------------------------

Pelamin & Decoration -COMPLETED!!
- Nikah + Berinai : Done. Will use the same one for reception.
- Bride's Reception : Done. Half paid.
- Groom's Reception (Bertandang) : will have pelamin as well..yeay!
-----------------------------------------------------------------------------

Room Decoration
- Bride's Reception : In progress
- Groom's Reception (Bertandang) : in progress
-----------------------------------------------------------------------------

Pengapit 
- Nikah + Berinai : Confirmed!
- Bride's Reception : Confirmed!
- Groom's Reception (Bertandang) : TBC

-----------------------------------------------------------------------------

Catering & Canopy   -COMPLETED!!
- Nikah + Berinai :Booked. Parents decision
- Bride's Reception : Done.Deposit paid.
- Groom's Reception (Bertandang) :Done. Will use the same as SIL before.

-----------------------------------------------------------------------------

Official Photographer (OP)  -COMPLETED!!
- Pre Wedding : Done!
- Nikah : Done.Deposit paid.
- Bride's Reception : Done.Deposit paid.
- Groom's Reception (Bertandang) : Done.Deposit paid.
-----------------------------------------------------------------------------

Wedding Dress and Accessories  -COMPLETED!!
- Nikah : In progress..with tailor. 1st fitting done.
- Bride's Reception : Done.Half paid. 1st fitting done
- Groom's Reception (Bertandang) : Done.Deposit paid.

-----------------------------------------------------------------------------

Wedding Shoes  -COMPLETED!!
- Nikah : done
- Bride's Reception : Provided by dress's vendor.
- Groom's Reception (Bertandang) : done
-----------------------------------------------------------------------------

Wedding Favors
- Nikah : in progress
- Berinai : in progress.
- Bride's Reception : Booked. Deposit paid.
- Groom's Reception :Booked. Deposit paid.

-----------------------------------------------------------------------------

Invitation Cards  -COMPLETED!!
- Bride's & Groom's Reception : Done. currently distributing.
-----------------------------------------------------------------------------

Guest List
- Nikah : relatives + close friends only
- Bride's Reception : In progress.
- Groom's Reception : In progress.

-----------------------------------------------------------------------------

Bunga Pahar
- Nikah: No bunga pahar

- Berinai + khatam quran: Done.
- Bride's Reception : Done.
- Groom's Reception (Bertandang) : Not yet

-----------------------------------------------------------------------------

Hantaran & Decorations
- For her : In progress. 9/9- done
- For him :  In progress. 10/11 
 
-----------------------------------------------------------------------------

Handbouquet -Will try to DIY
- Nikah : Not yet
- Bride's Reception : Not yet
- Groom's Reception (Bertandang) : Not yet

-----------------------------------------------------------------------------

Entertainment  -COMPLETED!!
- Bride's Reception (PA System+DJ+karaoke+kompang + live band) : Done.
- Groom's Reception (Bertandang) :
- Songs List : In progress

-----------------------------------------------------------------------------

Wedding Stationery
- Guest Book (Design/Ideas) : No ideas!!
- Road Signage (Design) :not yet
- Table Centrepiece : Done. Caterer will provide
- Thank You Tag : Done.
- Banner/Bunting : Package with invitation cards

-----------------------------------------------------------------------------

Families, Bridesmaids/Flower Girls & Maid of Honour Outfit
- Nikah : done.
- Bride's Reception : done.
- Groom's Reception (Bertandang) : Not yet
-----------------------------------------------------------------------------
Honeymoon
-To be confirmed later. :(


.:Latest update until 0ctober 2011 (1 months before):.

Pelajar malaysia di Jepun maut di patthaya

hi semua

Pagi tadi datang kerja. Macam biasa, on pc lepas tu saya akan bukak online paper (metro)..sekali ada gambar sepasang couple as the main topic. Masa baca tu, baru perasan yang mereka tu pelajar di jepun. Which mean my super super junior..(walau pun x kenal..hu3)

Innalillah..semoga rohnya di cucuri rahmat.

Pelajar hilang 4 hari ditemui mati di Pattaya

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Jepun dan dilaporkan hilang oleh keluarganya selama empat hari akhirnya terjawab dengan penemuan mayatnya beribu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.
Muhammad Syafiq Abu Ani, 25, dari Batu Pahat, Johor ditemui mati akibat terjatuh dari sebuah kondominum di Pattaya, Thailand, 23 Julai lalu.

Menurut laporan akhbar dalam talian, pattayaone.net, siasatan polis Thailand mendapati mangsa jatuh dari tingkat 14, Niran Grand Condominium di Soi Arunothai, berdasarkan penemuan barangan peribadi mangsa termasuk selipar dan tiket penerbangan balik ke Malaysia di sebuah unit di aras berkenaan.

Butiran tiket menunjukkan mangsa sepatutnya kembali ke Malaysia sehari sebelum penemuan mayatnya.

Penghuni kondominium itu juga mendakwa tidak mengenali mangsa dan sebab kehadirannya di Thailand masih dalam siasatan polis.

Berdasarkan laporan itu, siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai membunuh diri namun siasatan lanjut akan dilakukan dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Bangkok. Sementara itu jurucakap Wisma Putra mengesahkan kematian mangsa.


Tapi macam pelikkan kalau nak kata bunuh diri. Kalau setakat (nauzubillah) nak bunuh diri, baik dekat jepun je sebab kat sana terkenal dengan peratusan membunuh diri yang tinggi!!

Dengar kata, kekasihnya akan/telah tiba dari tokyo untuk memberi kerjasama terhadap kes ini.

Takziah juga kepada keluarga arwah yang juga baru kehilangan ibunya baru-baru ini.

Lagi berita:

http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=588130

http://www.pattayaone.net/pattaya-news/36168/malaysian-falls-to-his-death-at-central-pattaya-condominium/


Dah berlapuk!!!several updates..

Hi semua..

Walla...dh lamanya tak update blog. nak kata bz sangat tu takde la pulak.. penyakit mim lam sin sedang melanda..ke3..actually last Suday was our 1st engagement anniversary.. Wah, sedar tak sedar dah setahun kami bertunang.. dan sedar tak sedar jugak, makin dekat tarikh triple eleven  nak menjelma..oh my!!

So sebab lama dah tak meng update, jadi agak kekok di sini. So untuk kali ni just nak update several things regarding our preparation. Sebenarnya tak banyak pun progressnya. Tapi still, sikit2 lama-lama complete la harapnya... Amin..

1. Kasut Nikah.
-Sebelum ni kan ada cerita sye dengan en.N pegi survey kasut tapi akhirnya tak beli kan [link], Tapi dalam bulan lepas jugak, kami sekali lagi pusing-pusing sunway pyramid. Kebetulan kan sekarang ni season mega sale, so amat banyak sekali sale di sana sini. Tengah jalan-jalan tu sekali, mata ku yg gatal ini[ke3] telah terpandang kasut di satu kedai kasut ni. Nama kedai tu Viss. Ni website dia[Link]..Dh la diskaun sampai 50%.jumpe pulak kasut yang berkenan.. ada dua colors plak tu.pilih- punya pilih, Saya dah berkenan kasut tu.Mula-mula nak ambik yang color dark brown,tapi macam tak menyerlah..(ha3.. gedik kan nak yang liplap2). Last, belek-belek, try-try, ambik color dark purple memandangkan kenduri belah en.N nanti pun theme maybe purple, so boleh sekali harung guna untuk nikah and bertandang..Jimat di situ..ke3... lepas balik rumah baru terfikir. Kasut itu adalah 4 inch hokehh..untuk org yg xbiasa pakai mcm saya ni,agak menyeramkan disitu!! mcm mana nak berjalan2 masa kenduri belah en.N nanti.. Harus la saya jadi patung cendana plk nnt..huhu..nmpknya ada 3 bln lg nk practise ni..aisehh..

2.Baju bertandang.
-Awal bulan hari tu pergi pameran pengantin dekat PICC putrajaya. Pergi tu pun dah hari last and petang. So, tak banyak dah booth2 yang still bukak. Memula tu pusing-pusing, nak cari doorgift dan kad jemputan. Tapi takde yang berkenan sangat. Tengok pulak booth untuk baju pengantin. tak jumpa jugak..Laaassssttt sekali, masa nak cari pintu keluar, ternampak satu booth ni. Entah macam mana blh tanya lagi harga and design-design. Sekali dia kata ada yang size besar and harga pun berpatutan. Bincang dengan en.N, en.N pn suka, so terus bayar deposit..haha..butik ni mcm indonesian owner and tempat dia kat ampang point..akhir bulan ni akan pegi ukur badan and will discuss further pasal baju untuk bertandang ni...Alhamdulillah..

3.Baju bersanding
-Still in progress. dalam bulan puasa ni boleh fitting. Tapi tak tau la macam mana nanti. Banyak cerita di sebalik baju ni..huhu..

4. Baju nikah.
-Tak hantar tempah lagi!!!hadoi.. kain chiffon pun tak pegi beli lagi. Tengah pening nak buat design macam mana. Sama ada baju kurung pahang atau dress yg kain dia luasss memandangkan lutut saya sakit and akan nampak tak senonoh kalau duduk..huhu..so, kena rushing2 beli kain and tempah dalam masa terdekat ni.. fuh..fuh..fuh..

5.Make up bertandang.
-Alhamdulillah.. Make up untuk bertandang dah booking. Menepati syarat saya yang taknak make up kt kedai, so saya dah booking abg kak Ram (agak confuse di situ) sebagai MUA saya kt sg petani nanti. Habis cerita.. dah booking, boleh duduk diam-diam..ha3..

6. Baju khatam Quran.
-Baju khatam quran dah order. InsyaAllah dlm awal bulan depan sampai. Order pun online kat FB je..jimat masa dan tenaga..ke3.. pemalas sungguh B2B ni kan.. sye beli dekat Mas Dlyana Closet..baju di cantik-cantik and berpatutan..untuk yang chumel-chumel macam sye ni pun byk..hi3..

Dan dah lupa apa lagi progress untuk preparation ni.

so, nanti kalau ada lagi progress- progress, sye update lagi

As the conclusion:
* Kasut Nikah + bertandang -->bought. DONE!!!
* Baju bersanding --> in progress
* Baju bertandang.--> booking
* Baju bersanding --> in progress
* Make up bertandang -->booking
*Baju khatam Quran -->bought. DONE!!!




Need help with the MUA from B2B /ex- B2B kedah~~

Hi semua..

untill today, still tak baik2 lagi flu and batuk sye. Harap-harap la akan baik cepat.

Direct to the subject, sebenarnya saya dah buntu nak mencari MUA atau mak andam untuk majlis bertandang belah en.N nanti. Majlis nanti insyaAllah kat sungai petani.
Ya Allah!! susahnya nak mencari MUA kat belah sana. Saya kalau boleh taknak make-up kat kedai and prefer MUA datang makeup kan kat rumah.
Tapi rata-rata yang saya jumpa, semua bridal boutique yang hanya akan make up kat kedai. Tapi saya ada jumpe sorang make-up artis yang willing untuk datang ke rumah.. tapi dia cakap awal2 ,mungkin a bit pricey sebab dia dari alor setar. B2B utara ramai dah kenal kot dengan kak (abg) Ram. Tapi dalam proses enquiries, dia very nice.Cakap pun sopan.
Macam nak booking dia tapi takde ke MUA yang dekat-dekat sungai petani yek?
Really need help sebab kne tempah awal memandang kan majlis saya nanti musim cuti sekolah.

Ada sesiapa yang boleh rekemenkan MUA from sg.petani?


it's 11th June !!

hi semua..

just a simple update on Saturday..

it's 11th June guys..

That means..



Yess!!

only 5months left for our journey!!

haiyohh!! so fast..

the butterflies starting to fly in my stomach..haha...

yoshh!!motto gambaranakya!!



OP for Kedah (en.N) side

Hi semua,

Dh lamanya tak update blog.  Sebenarnya Your truly mengalami demam + flu + astma.. sob3.. start hari jumaat minggu lepas.. and today, genap seminggu tp still flu x baik2 lg.. Plus, hidung tersumbat and telinga jadi pekak..haduih!!tensen..



Berbalik kepada tajuk di atas, en.n dah booking OP untuk majlis di kedah. Lama juga lah en.N duk survey2 cari OP yang sesuai. Sesuai bermaksud memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh en.N seperti : harga yang murah (wajib), mutu gambar yang baik , package mengandungi custom album dan bukan sticky album dan deposit yang tak terlalu mahal. Macam-macam kan. tapi alhamdulillah dia kata dah jumpa and dah bank -in kan deposit. so OP yang en.n pilih untuk majlis belah kedah adalah.. DeeLaPena Red Art Momments  ..Memula berminat dengan saupix Ahmad, tapi kami tak mampu la... en.N kata majlis bertandang tak yah mahal sangat sebab kami tak bersanding kat kedah nanti.

Sape kat belah utara, boleh la tengok-tengok website dia tu. gambar dia pun not bad. Harga dia pun affordable. package yang dia tawarkan pun menarik jugak.so, untuk hasilnya, kita tunggu 26hb nov 2011 nanti yek.

till then...


kisah amarah dan tauladan..lain kali ukur dulu baru beli!!

Apesal semua benda jadi tak best je ni.. sangat amarah tau!!!

1. Cadar katil pengantin
Seperti entry saya yang sebelum ni [click sini] , katil pengantin saya nanti adalah bersize King. Jadinya untuk katil king, haruslah menggunakan cadar yang bersaiz king. akan Tetapi, oleh kerana mak dah terbeli cadar dulu sebelum kami decide untuk beli katil, mak dah terbeli cadar bersaiz QUEEN!! nampak disini sinopsis kejadian? pendek cerita, katil dan tilam king ini tidak mungkin muat untuk di sarungkan cadar queen.. jika muat pun akan kelihatan seperti dibalit nangka..
Jadi last week, saya dan mak berpusing2 mencari cara nak memBESARkan cadar yang kurang besar itu..haha.. mungkin akan alter sikit sana sini nanti.. so sebagai langkah-langkah permulaan, kami akan membeli beads chain yang berjuntai2 tu banyak-banyak..harap-harap menjadi lah hendaknya..amiinn..

2.Beads untuk cadar pengantin
Hari Sabtu lepas pegi Jalan Tar dan semua house dengan en.N. Hajat hati nak beli beads untuk cadar kt kedai kt semua house tu..tak ingat nama kedai tu. Tapi kt tingkat bawah semua house tu ada dua kedai yang jual peralatan perkahwinan ni. Memula sampai , ramainya orang!!saya kan mudah mendidih bila ramai orang plus dilanggar-langgar ni kan.. Jadi pusing2 kejap kat kedai 1st tu then keluar. Call mak tanya nak bead macam mana.. mak suruh tengok mana yang lawa-lawa. Pegi kedai 2nd pulak.. pusing2 kedai, tak jumpa la yang berkenan di hati.
Tapi.. jumpe reben kaler gold yang berkenan di mata dan di hati. bali 2 jenis riben gold segulung setiap satu.
Kesimpulannya , x beli pun beads untuk cadar!!sebab tak reti pilih and takde mood nak pilih tengah ramai orang tu..huhu.. nanti ajak mak gi tempat lain beli. Dah la penat gi sampai semua house, benda yang nak di beli, tak beli-beli lagi..huhu..

2.Kasut nikah
ni lagi satu memang amarah tau.. Aritu  gi sunway pyramid (asyik sini je kan..haha). gi pusing-pusing sambil survey-survey barang. Ingat nak beli kasut untuk nikah nanti.try gi Blay concept store. Kasut kat sini cantik2 dan affordable la bagi saya. Try la a few heels kt sini. banyak yang tak berkenan..Try lagi kasut lain.. Dan dh berkenan kat satu kasut ni.. Tapi!! apakan daya.. last pair la plk!!! sakitnya hati.. tinggal yg display je pulak.. dah la dah kotor2 sikit. Dah la susah nak berkenan. yang berkenan tinggal display je..aduhai.. malas nak tunggu lama-lama.. keluar kedai tu.. gi makan aiskrim..haha..
kesimpulannya, misi memburu kasut nikah masih berlangsung..[sigh]

3. Baju khatam Al-quran
Ni lagi satu.. cerita masa pergi Jalan tar cari beads tu jugak.. tak kisah la cerita kucar kacir kan..haha... Kat pintu masuk semua house tu kan ada orang jual2 dress la kain ela la..etc kan.. Skali ternampak dress labuh ala-ala tangan kelawar tu.. sangat cantik.. macam-macam kaler ada.. jenis material chiffon. Tapi free size. Tapi sebab nampak besar, assume kan je la muat..dah berkira-kira nak amik kaler turquoise  nk buat baju khatam quran. Tengah-tengah jalan tu jugak salesgirl tu suruh sarung baju tu...an the result??!! sangat macam balut nangka okeh...dengan kembang setamannya..sales girl ni dok la cakap ok..ok.. sebab baju pakai banyak lapis la..bla bla...saje je kan nak suruh laris..cancel!!
kesimpulannya.. ukurla baju di badan sendiri, bukan di mata dan di hati ye!!

p/s: post takde gambar sebab pakai phone zaman tok kadok..

please..please..please...please 'like' us (nyanyi dlm nada tone alif satar yek)

hi semua..

I know not much of you reading this blog..[chewah..english education plkkk].

But, to a few of my beloved readers, pleaseeee~~ do "like" us in pameran mengantin malaysia pictures..
We are participating in candid contest picture. Just with a"like" on our picture, you will help us save a lottttt of money on our wedding preparation..

 So, what you need to do is,
 1. go to Pameran pengantinMalaysia FanPage in FB [click sini], "like" them.
 2. Then, go to our pic in their album [click sini], and "like" our picture.

* This contest will end on 26th June 2011.

So, please help us yek.. siapa2 yang join this contest also and want to exchange "like", "like"us and pm me ok!! later i will "like" you also..


P/s: nak add sye as friend pn blh..hi3..



till then...



new talented designer

hi semua..

smlm kete sye kne langgar lari!! to be exact, bukan tak sengaja di langgar and lari. Tapi kena himpit dari tepi belah driver. dia blh berhenti depan kereta , and bila saya reverse, dia blh drive laju2 blah macam tu je...sakitnya hati!!!!nasib baik dpt no plat dia..terus gi buat report polis smlm..sengal!! bercalar habis kete sye..Fuhhh!!!

Lupakan lah benda yang menggores hati tu.. Berbalik kepada tajuk di atas..Hari tu masa survey-survey kt FB, ternampak satu gambar ni tau.. gambar wedding dress yang sangat cantik bagi saya. tapi masa tu x tau lagi siapa designer.. budget-budget mesti mahal ni..Beberapa hari lepas tu terjumpa la fb designer dia. actually dia and member serumah dia buat part time design wedding attires and jadi MUA.guest what?!! dedua lelaki you~~ and dedua still muda hokehh..kagum kejap. Nama dia guna dlm fb Zachkirwan ikhwan.. Design dia semua nice2..

Selasa lepas, masa semua orang sedang enak bercuti, saya terpaksa bekerja..so, memandang kan en.N free sbb x keje, balik keje tu buat appointment nak tgk baju2 and jumpe derang ni. Derang xde kedai or butik. Just buat kat rumah je. Rumah kt balakong, kajang . So balik keje tu pegi la. Sampai-sampai rumah budak-budak bujang ni..tu dia!! mcm rumah perempuan hokey!! kalah rumah saya..haha.. siap de air pancut lagi dlm rumah.. even apartment biasa je. Dlm rumah macam condo!!haha..lari topic plk..

Bincang-bincang harga, untuk sewa baju yang sedia ada skali dengan accessories, dia charge dlm aggaran RM1K..kalau nak buat baju baru, tambah sikiiiiittt je dh blh dpt.. standard harga kot tp berbaloi2 sbb design cantik.. Kt bawah ni ada contoh design yang sedia ada..



Yang ni paling saya minat..ala-ala moroccan and arabian kan..Dah la sesuai untuk tema belah en.N.. Tapi apakan daya, x muat untuk tubuhku yang chumel ini..huhu..






yang ini, derang kata, sebulan je siapkan sbb last minute tempah.. derang kata, better 3 bln sebelum tu tempah sbb senang nak alter semua..


Ada byk lagi design2 yang cantik.. Kalau ada design sendiri pun boleh mintak derang buatkan.. Disamping tu derang akan try suggestkan pe yang sesuai atau sebaliknya kt kita..Wan dengan acheq nama owner dia.. Sangat baik dan peramah..For further details, blh la tgk fb derang or contact derang yek..Sekarang ni tengah bincang dengan en.N untuk tempah baju kt derang ni.kalau jadi nnt, tunggu hasil baju kami yek..

Till  then..



How time flies!!!

hi semua..

Hari ni genap 10 bulan kami bertunang..how time flies!!!


 To En. N..
        
          Happy 10 month's Engagement anniversary!!







Hectic weekend - birtday mak, konvo adik, celebration buffet..

hi semua...

Ermm.. minggu ni rasa penat sangat. Dengan gigi sakit, lutut sakit campur macam-macam hal yang berlaku.Hari jumaat hari tu birtday my beloved mom. So dlm pukul 9 malam tu balik rumah tiup lilin and bagi hadiah kat mak.Esoknya, adik no.2 ada convocation kat uitm shah Alam. Sebab dia punya sidang pagi, so kitorg bergerak dari rumah dalam pukul 6.30 pagi di hari sabtu nan indah untuk beristirehat!!sangat tak best untuk bangun pagi masa cuti.Sampai-sampai tu sye dengan mak masuk berdua, tunang adik dgn lagi 2 orang adik tunggu kat luar bawah khemah. bla..bla..bla.. pukul 12.30 pm baru habis. Lepas tu, gerak pegi kedai gambar nak tangkap gambar plk dah..Pegi kedai gambar kat balakong je..so bergambar la kitrg kt situ..di sebab kan masa sye grad kt jepun dulu xde pakai jubah konvo segala, so mak suru sye pakai and tangkap gambar.. buat syarat kte mak..haha.. akhirnya sye telah berjaya ber-konvo setelah 3 tahun grad..hahaha..

Lepas sesi bergambar tu, kami semua kelaparan. tengok2 jam, dah pukul 3 petang..patut la kelaparan.Tengah nak cari tempat makan, skali teringat ada sekinchan ikan bakar sebelah jusco kat balakong tu.. terus mkn kt situ.. Makanan dia ok la..cuma tak banyak choice sangat..makan untuk 5 org, ikan talapia 2 ekor, lala 500gram (RM10), sayur bakar (RM10)..air jumbo 2 gelas (RM8/gelas), teh o suam untuk mak ..nasik and ulam nasik tambah lagi 1 pinggan..huhu..adik2 ku pelahap giler.... total RM117.50...x tau la mahal ke murah..yang tau dah kenyang giler..

Pastu gi round2 tengok perabut sebab mak nak sangat cari side table ..Raound 4 kedai..x jumpe yg berkenan...last2 try masuk kedai perabot jati..lawa2 gak.. jumpe side table yg lawa..tanya2.. kena beli dengan kerusi la plk..Terus pujuk owner dia.. dapat la beli meja saja yg kecik secoet je tu..beli 2..xblh kurang2 plk tu.. tp mak dah nak.. ambik jugak la..Lepas tu terus balik rumah and terbongkang kepenatan.. huhu..penat giler rasa...malam tu masak2, makan2 tgk tv terus tdo..

Semalam, hari ahad, sumer bangun lambat..haha.. pukul 9 baru bangun..Bangun tu lepak2 depan tv..bfast makan kek bday mak yg x habis lg..haha..Actually, tengahhari tu kitrg dh book hi-tea buffer kt kelab darul ehsan untuk celebrate bday mak, ayah pencen awal thn lepas and adik nyer convocation.
Lepas siap2 dlm pukul 12 (haha..buffet mula kul 12, kitrg kul 12 baru nk kluar rumah)..en.N datang, tunang adik pn datang, kitrg gerak la dgn 3 kereta..family kitrg 7 org campur family to be 2 org..
Sampai kt club tu pukul 1 ptg.. terus serbu sbb dh kelaparan..makanan ok la.. not bad.. tp choce x byk sbb kitrg amik hi-tea...charge dia RM33++/head..ok la kan..

Tengah2 makan tu, teka saper kitrg jumpe..hahaha....jeng jeng jengggg...farid kamil dengan diana danielle..derg baru pas swimming kot..pastu dtg mkn buffet skali..bkn dh putus ke aritu??apa kah???huhu...biarlah derang dengan labu2 nya.. jap putus jap sambung..jap putus ..huhu..




Lepas makan dlm pukul 3 tu , keter adik saya no.2 dengan tunang dia gi shah alam pulang baju..Adik lelaki sye dgn ayah gi balakong beli barang..keter sye yang terdiri dari emak, en.N, saya, 2 org adik, bergerak ke kajang nk gi ukur baju sye dgn en.N kt butik rose mz..de benda yang telah berlaku..nnt senang-senang sye cerita yek..

nota kaki: tiada gambar sebab handphone sye yang tak berapa canggih tapi de camera tu dh hilang..huwaaa..skarang guna handphone lama adik sye yang xde kamera tu..sob2...


Till then..



Another reminder - 6 months

smlm tengok daisy path tu tapi tak sempat nak update.

Semalam tengok, 6 months to go!!

huhu...my heart started to jump a bit higger than before..keke..

yeay!!



amarylizz beauty spa - kota damansara

Hi semua..

Lately cuaca macam panas semacam kan.. Panas membahang yang sampai berpeluh- peluh bangun dari tidur.. Semalam saya tidur berselimutkan kain batik yang sye dh basahkan.. pukul 1 baru dapat lena.. Lepas tu terbangun pulak pukul 3.. tengok-tengok kain batik tu dah kering kontang hokehh...cam tu sekali panasnya cuaca sekarang.. kain yang basah lencun boleh kering dalam masa 2 jam je .

So, dalam cuaca panas-panas ni, elok jugak kita pergi spa kan..hihi.. Kan hari tu sye ada mentioned yang sye dah purchase coupon untuk amarylizz spa kan..[cerita kat sini]..sye dah pergi dengan cik bal last week..keke.. actually appointment dlm pukul 11 pagi. Tapi sebab beberapa perkara yang x dalat di elakkan, saya & cik bal sampai spa tu pkl 11.45 am..hahaha.. Nasib baik staff baik..Sampai2 je terus dia bagi ginger tea yang sejuk..sedap gilerr...Lepas tu dia bawak masuk treatment room.. yang ni saya sama bilik dengan cik bal..

Memula dia suruh rendam kaki dalam warm water ada flower petal..sangat best..tp kejap je.. x sampai 10 min pun..huhu..Lepas tu dia mulakan herbal massage..yang ni sangat best ok.. Tapi di sebabkan sye ni tak tahan sakit, mmg rse sakit la kan mse kene urut tu.. mmg memana spa pun sye rse sakit..huhu..Tapi yang xbestnya, kebetulan sye tengah bendera jepun, so tak boleh la massage dekat tummy.. staff tu kata sya and cik bal ni byk angin and suruh buat tratment lg..[tektik nk suruh datang lagi la kan]..haha..massage ni dalam sejam kot.. Lepas tu dia buat ear candling.. sye sampai tertidur ok..haha..lepas siap ear candling tu dia buat facial... yang ni paling besttt...!!!yang ni pun siap tidur bangun tidur bangun ok..haha.. Oh ya, dia guna product tanamera..dengar kata product ni macam bagus kan..








Lepas dah habis tu, dia bagi minum ginger tea tu lg..sedapnyer..masa ni dia terangkan pasal membership's benefit and so on. Pastu borak-borak sikit dengan staff dia yang cantik mcm chinese ada, thailand pun ada tapi rasa nya melayu kot sebab dengar dia cakap nama dia liza..After that, kitrg pun bergerak la dengan happy sebab the whole body bau wangi and rse fresh..Tapi dedua blurr2 sikit sebab rasa macam baru bangun tidur..haha..

So, sesiapa yang berminat untuk pergi spa ni, its located at kota damansara.Ada macam-macam promotion even tak dapat beli yang MAD coupon tu..Boleh tengok website dia amarylizz beauty .. untuk year 2011 ni unya promotion boleh tengok kt website promotion dia.Kalau jadi member, blh enjoy 50% discount kalau bawak kengkawan or partner pergi..Macam-macam lagi benefit yang ada and k.liza tak jemu melayan..hihi..
so, pe tunggu lagi?!! Dah keje penat-penat, it's time to pamper yourself!!!

till then..





MAD by ole-ole manis - wedding favors!!

hi semua..

kegilaan untuk nak purchase coupon milkAdeal (MAD) sye semakin menjadi2..haha..Tadi masa belek2 lates promo from MAD ni, terjumpa offer yang sangat berbaloi-baloi untuk B2B by ole-ole manis.

RM38 instead of RM100 for 50 Multidesign Favor Boxes from Ole Ole Manis, Setia Alam [62% OFF]


As sweet as Ole Ole Manis




For a limited time only, Ole Ole Manis is offering this sweet sweet deal of 50 multifunctional designed favor boxes worth RM100 at only RM38! These beautiful boxes come in an array of different dimension to suit your needs.
So, sesia yang berminat dengan promo ni, gi la sini --> http://www.milkadeal.com/deals/oleole-manis

Selain favor box yang kat atas tu ada banyak lagi design lain.Contohnya macam yang kat bawah ni.









 Dan beberapa lagi. So kepada sesiapa yang berminat, boleh la jenguk kt MAD website at MAD by ole-ole manis or kt website ole-ole manis tu sendiri at ole-ole manis offer.

Show appreciation for guests on that special day with nothing but sweet memories enveloped in a fusion of sophistication and passion favors by grabbing hold of this sensational offer while it lasts!
till then..!!


Kalau katil pengantin x muat bilik, macam mana yek??!!

Hi semua,

Minggu ini adalah minggu menghabiskan-duit-secara-besar-besaran-akhir-bulan-makan-maggi..hu3..Mana tidaknya, sana sini ada sale, sogo sale sampai 80% (saya pergi 2 kali..ahaks), pastu terjumpa furniture sale sampai 70%, lepas tu yang x sale pun nak di beli jugak..haiyoo..memang dugaan betul.time-time yang nak save budget ni la semua buat sale berpusu-pusu. Kasihani lah sikit orang yang nafsu berbelanjanya terlebih macam saya ni..ha3..

Berbalik kepada tajuk di atas, nak dijadikan cerita, last week masa pergi jalan TAR dengan en.N, sempat sambar majalah pengantin. Rasanya bulan lepas punya kot.(motif beli majalah kat japan TAR??!!).Balik rumah tu belek-belek majalah, terjumpa furniture sale punya page(siapa yang ada majalah bulan lepas punya tau kot). Mula-mula macam tak berminat. Tapi belek lagi skali, tengok alamat kedai kt bangi.Dekat dengan rumah mak ni (dan-dan kan..hu3).Lepas tu masa balik rumah mak, borak2 mention pasal kedai tu and tunjukkan majalah tu kat mak. Lepas tgk gambar bedroom set tu and tengok harga dia, mak yang teruja lebih..hahaha..

And as the result, hari ahd pagi-pagi lagi mak dah bising2 suruh bangun ajak gi kedai tu.. kedai tu bukak pukul 10 pagi, pukul 11.25 pagi kitrorang dh sampai kedai tu..nasib baik x ramai orang.Masa kitrg sampai tu, ada satu couple makcik pakcik ni baru nak balik. Jadi salesgirl tu dapat la entertain kitrg je. Memula belek2 catalog.Lepas tu akak tu bawak pergi tengok set contoh kt atas kedai..naik2..mak aii..hahaha..gelak dulu..besar gedabak !! bak kte adik sye(dia dtg dgn tunang dia lepas kitrng balik), mengerikan je set besar2 tu. Ye la, memang set kayu Italian design yang king size tu.maunya x besar. Tolak pun tak bergerak..hahaha..
Harga kalau xde sale almost 10K (kurang seringgit dari 10K..haha)tapi ada sale 70% masa saya pergi haritu. So memang berbaloi2 la kau beli kan.Terhad 5 set je dia kata setiap sessi.Maksudnya kalau dh jual satu set, set yang sama dah takde harga tu dah. Kalau dah habis dalam sessi tu, dia akan buat sale untuk design lain pulak. Bincang2 dengan mak. Memula ingat nak ambil yg paling besar sbb harga sama je.tapi suruh adik kat rumah ukur bilik, tak muat pulakkk..haha..nasib baik ada set yang kecik skit and ngam2 dengan bilik (bukan ngam2..sendat kot..huhu)..Bincang punya bincang, pilih2 kaler *(xde byk pilihan pun sbb dh nama pn perabot kayu kan..mana byk color sgt pn)..Setuju la nk sambar satu.. telan2 air liur nk keluar duitbayar deposit hokeyy.. Maaf ye mak xde sponsor2..Fully by me ok..huhu..Ye la, sye yang nak sedap2 berdengkur atas tu nanti, takkan mak nak bayar ye tak..Lupa nak snap gambar set tu.Tapi mcm yg kt bawah ni la kot.


Lebih kurang mcm ni la kot.Tapi kaler light brown..
Bedroom set ni consists of 1 king size bed, 1 4-doors wardrobe, 2 side table, 1 dressing table with tool. Dressing table dia mcm drawer nak letak baju..besar giler..haha..Nampak dalam gambar mcm kecik je kan.. Tapi katil tu rasa2 blh muat kot 4 orang..huhu...


Lebih kurang la kot..

Oh ye, set tu akan sampai lepas raya ni. Boleh request nak dia hantar bila.Tahun depan pun boleh. Tapi sbb nak ukur2 cadar and nak deco bilik, jadi kitrg suruh dia hantar lm bulan 9 or 10 nanti..So, sekarang ni lega sebab bedroom set dah ada tapi tengah runsing memikirkan kemungkinan kalau set katil tu x muat bilik macammana??!!haruskah pengantin ini tidur atas toto beli kat golok??!!Oh my, oh my.Risau la pulakkk..huhu..Lain kali ukur baju di badan sendiri okey!!..harap2 la muat nanti..


Bal's wedding reception @ seremban

Hi semua..

weekend hari tu mcm banyak jemputan untuk kenduri kahwin kan. Sye sendiri pn dapat lebih kurang 5 jemputan, 2 sabtu dan 3 ahad..Tapi di sebabkan beberapa hal yang x dapat di elakkan, sye hanya sempat pergi 1 je hari ahad iaitu kenduri cik bal di pulai villa seremban.

Weekend lepas balik rumah mak kat kajang. Tapi di sebab kan lupa nak angkut baju kurung balik rumah mak, pagi ahad tu terpaksa la balik rumah sye and bersiap dri situ.Lepas bersiap2 dlm pukul 11.30 am baru bertolak dari pj ke seremban dengan en.N. Bajet2 dalam pukul 12.30 sampai la kot. Tapi tiba2 jammed la pulak highway plus tu. Jammed teruk kt 2 tempat, sebelum persimpangan nilai pajam and selepas persimpangan tu. Sebelum persimpangan tu ada accident berjemaah.. dlm 5 @ 6 biji kereta jugak la.. Tapi tengok macam takde apa2. Cuma cium mencium bumper kereta je..hu3..sebab jammed tu, kami sampai rumah bal dalam pukul 1.15 pm.

Sampai2 terus salam2 parents Bal. Lepas salam tu tiba2 sepupu bal kot, dtg and suruh tulis ucapan kt guest book Bal.Wah, jumpa jugak akhirnya Guest book yek Bal. Guest book tu sweet dengan ribbon2 warna pink. Dh tulis2 tu, duduk sekejap kt khemah. Bal punya warna tema adalah pink and purple..Sgt manis!!hi3..Meja makan beradap siap ada air pancut depan dia..Lepas tu bumbung antara khemah2 tu di gantung dengan sangkar kecil kaler putih.Meja VIP pun di gantung sangkar burung kaler putih..Ala 2 garden wedding gitu..

di sebab kan meja semua penuh, sye suruh en.N tunggu kt bawah sekejap sementara saya naik atas rumah jumpa Bal. Naik atas, jumpa Bal dan Mas. Mas will be pengapit for Bal.Bal sungguh cantik!! bal pakai dress warna pink. Bilik and perabot semua warna putih, Bal kata dia hias sendiri~Rajin nya..yg saya tertarik adalah decoration bunga2 yg di cucuk atas polysterine and di framekan.Lepas tu gantung kt dinding kt kepala katil. Sangat menyerlah sebab bilik warna putih tiba2 ada benda warna pink and red di gantung kt situ.Tapi, lupa nak snap gambar deco tu..=(



boolatnya muka sye!!

Lepas bersembang and bergambar, Bal dapat signal yg pengantin lelaki dh sampai. Sye pn malas nak menggangu Bal, terus turun cari en.N and kami pn gi makan dulu sambil2 tengok Bal berarak dengan paluan kompang. Saya noticed, di tengah2 meja makan tetamu, ada vase kecil and di letak 23 kuntum bunga kaler purple. Kemudian di keliling vase tu di taburkan kelopak bungan kekwa kaler kuning.. creatif kan..setiap kali pegi kenduri kahwin, mesti mcm2 idea baru yg dapat. sye tak tau la sama ada sye sorg je yg bridezilla atau org lain pn sama, tp bila pergi majlis kahwin, sye tengok keseluruhan decoration and akan begitu tertarik dengan idea2 yg baru 1st time sye jumpe..Tapi , last2, sye akan confuse sorang2 which ideas yg nak guna pakai masa wedding sye nnt..ha3..sebenarnya tamak haloba sbb rse mcm nk guna semua idea!!Tersasar plk dari cerita asal. So, kt bawah ni ada several pic yg sye sempat ambil menggunakan handphone buruk sye ni..Dh la kluar2 kereta je, jatuh bergolek handphone ni atas jalan raya..huwaa!!bercalar sini sne.. saya memang seorang yg careless~~m(-_-)m..hmm..










Tak sempat tunggu sampai acara potong cake. Dengar kata, Bal salin baju pakai white dress..Mesti sangat cantik kan!!.
Walau apa pun, Congrats Bal and Radzmir on your wedding!!
Semoga Berbahagia dunia dan akhirat. =)



Sogo sale ~ 22april - 8 may 2011

Hi semua..

Pagi ni agak mandom sikit sbb still rasa lagi kepenatan gi Sogo semalam di tambah pulak dengan hujan yg agak lebat.Ye..Saya telah memecut ke Sogo balik keje semalam dengan en.N..Sebenarnya x la memecut pn sebab jammed..Dah nak give up dah sbb jammed agak teruk jugak..Tapi sebab igt ada sale yg jadi kuat semangat skit..ha3..
Sampai Sogo semalam pukul 8 mlm..Park kereta kt belakang bank negara, tepi jalan kat JPS,jalan Dato'Onn..en.N b4 ni penah keje kt JPS.. so tau la kt ne nak park yg senang skit. Lepas tu jalan la skit ke Sogo..Sampai2 Sogo..mak aii..ramai nya org!!! Walaupun xde la ramai berpusu-pusu..tp bg sye yg memang xberminat tempat yg crowded2 ni, agak lemas la jugak..

Memula sampai, masuk la kt bahagian sale kt tgh2 sogo tu.. try la several kasut..giler2 sale.. sampai 70%!!
Bayang kan, kasut Carlo Rino de yg RM29.90..haha...Tp x sampai 10 minit, sye terus tarik en.N keluar from bahagian tu.. lemas!!!xblh tahan..hhuuhu..Gi amik nafas round2 tempat perfume jap.. Alahai..perfume xde sale la plk.. x jadi nk beli..Pastu masuk balik bahagian sale td.. tgk2 handbag plk..Handbag murah gila.. 2 handbag bonia = RM100..tp x beli sbb baru capai2 org dh tolak2.. angin btul!! Sye amat pantang bershopping kalau kene langgar2 tolak2 ni.. memang terus hilang mood dan2 tu jugak..

Terus gi lari balik tempat kasut..Kasut bonia pn ada yg jual 2 pairs = RM100..menggugat iman btul..nasib baik kt situ pun org penuh...haha..Last2 saya pegi kt rak2 kasut bonia yg tepi2 sini..kt sini discount dlm 50% je..xde la dpt 2 pairs RM100..lepas belek2.. saya berkenan kt satu kasut tu.. And lps bincang2 ngan en.N..en.N pn belikan la kasut tu as hantaran..hu3..color brown..xde la tinggi sgt.. xpe la.. yg penting selesa nk pakai kan..org kte beauty is pain but not me..bg sye keselesaan tu yg penting..that's why sye xde kasut yg tinggi giler2.. and almost semua kasut sye yg tinggi adala jenis wedges sbb dia seimbang and xde nk terbenam2 dalam tanah..ha3..tp tu pilihan masing2.. ada je org rse selesa pakai heels tinggi kan..yg penting, ukur la kasut di kaki sendiri..ish,melalut dah ni..

so lepas beli kasut tu naik tingkat atas bahagian mens.. igt nak cari kasut en. N.. Tapi takde yang dia berkenan.. Pergi bahagian shirt..tgk2 ada yg size besar.. Al- maklum la..chumel kan.. size biasa2 ni x main la..ha3..igt nak beli yg short sleeve je sebab en.n ni senang berpeluh.. tp dia request nk beli yg long sleeve punya sbb x byk baju long sleeve dia ada.. lepas try2 and pilih2 color..dia pn setuju nak amik satu.. and this one pn as hantaran..de discount 50% gak.. nampaknya hantaran kami semua discounted items..haha.. harap2 cinta kami xde la discount yek..hu3..harap2, makin lama, makin naik la percentage cinta tu.. x nak la makn lama makin de potongan2 dalam kasih sayang kami..haha.. out of scope dh..

Lepas dh beli and tgk2 barang lain, kitrg pn balik la.. sye smpi rumah dlm pukul 9..huhu.. en.N kena jln kaki gi amik motor dia sbb dia x parking kt parking motor kaw. rumah sye mcm selalu.. dia parking kt kedai mamak depan skit from rumah sye sebab masa dia sampai rumah sye petang tu sye x sampai rumah lg..So dia lepak2 kedai mamak..sye sampai rumah je, dan2 tu hujan lebat and dia stranded kt kedai mamak tu.. sbb sye pn malas nk tunggu, gi amik dia kt kedai tu and tinggal motor dia kt situ..sian dia..haha..


keadaan kt sogo kul 8.30mlm semlm...

  Igt nak gi lagi la before sale habis..haha..

MilkAdeal - RM48 instead of RM850 Spa ~~ Berbaloi-baloi ~~

hi semua..

Sape pernah beli coupon milkAdeal??!! Sangat murah kan~~
Ni 1st time sye beli coupon tu..haha..Jakun!!Org lain mesti dh byk kali kan.. Tapi ,de sye kesah?:p
Last week, tgh boring-boring kat office dan sambil berchatting dgn ms. b2b, cik Bal, kitrg telah sama2 membeli coupon tu!!Kitrg nak gi sama-sama nanti..yeay!!

Nak tau yg manasatu kitorg beli??trenggg...yg ini!!

RM48 instead of RM850 for 60 Minutes Body & Herbal Ball Massage + 90 Minutes Signature Facial + Aromatherapy Foot Soak + Ear Candling + RM30 treatment voucher + 1 Year Membership worth RM388 at Amarylizz Beauty, Kota Damansara [94% OFF] http://milkadeal.com/deals/RM48-instead-of-RM802-for-1-year-membership-body-herbal-ball-massage-facial-aromatherapy-foot-soak-ear-candling-RM30voucher-amarylizz


Sgt berbaloi-baloi untuk b2b tau..From top 2 toe punya package..Harga sebenar adalah RM850 !!(@_@)
Tapi dgn guna coupon ni, harga dia jadi RM48 SAHAJA..wowwieee...
Makna nya jimat 94%!!!




Yeay!! awal bln nnt nk gi menerjah saloon tu..Cepat2.. sebelum terlambat..Kalau sesiapa pergi sama date, blh la jumpa yek..hi3..





Friend's wedding- Congrats Kochee and Pesot!!

Hi semua..

Semalam pergi wedding kawan saya Kochee (Farhana) & pesot(faizal) dekat Chenor , Pahang..Bukan Chemor ye. CHENOR..haha..Kami pergi 4 kereta , 3 perempuan 5 lelaki..Semua kawan2 lama masa study preparation B.jepun dulu..Paling lama x jumpa, adalah dgn Fareshah..Dh 10 thn x jumpa face to face and shah yg cantik dh makin cantik..Thema wedding Kochee haritu adalah pink and en.N pakai shocking pink!!suka2..hi3..Gerak dari rumah pukul 9.45 pagi sbb rancang nak berkumpul dulu kt R&R genting sempah pukul 10.30 pagi..OTW tu sbb lapar, kami sempat pandu laju ke McD wangsa maju dulu..:p..jadi kitrg sampai kt R&R tu dlm pukul 10.40 pagi. Masa tu 1 kereta lagi yg x sampai..Rupa-rupanya 2 kereta yg dh sampai awal, tgh bfast kt McD kt R&R tu..

Lepas semua dh sampai dlm pukul 11.10 pagi, Kami pun gerak ke chenor. Sbb kg sya kt kg.awah, which is dekat dgn chenor tu, makanya kereta kami jd leader utk rombongan ke Chenor ni. Walaupn kereta kami xde GPS mcm lg 3 kereta tu,  tapi pengalaman tu lebih berharga..*wink*..Alhamdulillah,perjalanan kitrg lancar and sampai kt rumah kochee dlm pukul 11.35 pagi..

Dari jauh dh nampak khemah color pink +cream..sweet la plk..hu3..Sampai2 je, cameraman amik video kitrg dlu..haha..rasa fofular skejap..Terus cari mak kochee and lepas salam2  mak kochee, sye dgn shah naik la jumpe kochee kt dlm bilik.. kochee tgh make up masa tu.kochee ni x pernah make up tau.. jd bila skali make up sgt2 sweet..Actually, kochee bertunang dengan nikah terus pagi hari yg sama, and tengah hari tu terus sanding. Senang kan..lagi pn pesot still keje kt Jepun..so balik cuti sekejap..Pasni Pesot balik jepun balik and kochee still kt mesia..Kochee kata, dia x ikut gi jepun jugak sebab setahun lepas ni, pesot akan balik mesia, so, dia just tunggu je.. Tabah sungguh kan!! borak2 jap dengan kochee pastu kitrg gi mkn.... Majlis kochee simple tp still berseri2..dh lama x rasa majlis suasana kampung mcm tu.. kitrg siap lepak2 duduk2 bawah pokok lg..hihi..bukannya slalu blh lepak2 bawah pokok sambil borak2 kan..Lepas dh snapping2 gambar, kitrg pn gerak balik dlm pukul 3 mcm tu..


tengah tgk org bersilat..cantikkan baju kochee..

abaikan kualiti camera handphone..x bawak camera sbb charger hilang..haha..

kochee sweet sgt!!dan juga sila abaikan size sye ye..ahakss!!


.: Selamat pengantin Baru Kochee & pesot!!..Semoga kekal hingga ke akhir hayat.