Pelajar malaysia di Jepun maut di patthaya

hi semua

Pagi tadi datang kerja. Macam biasa, on pc lepas tu saya akan bukak online paper (metro)..sekali ada gambar sepasang couple as the main topic. Masa baca tu, baru perasan yang mereka tu pelajar di jepun. Which mean my super super junior..(walau pun x kenal..hu3)

Innalillah..semoga rohnya di cucuri rahmat.

Pelajar hilang 4 hari ditemui mati di Pattaya

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Jepun dan dilaporkan hilang oleh keluarganya selama empat hari akhirnya terjawab dengan penemuan mayatnya beribu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.
Muhammad Syafiq Abu Ani, 25, dari Batu Pahat, Johor ditemui mati akibat terjatuh dari sebuah kondominum di Pattaya, Thailand, 23 Julai lalu.

Menurut laporan akhbar dalam talian, pattayaone.net, siasatan polis Thailand mendapati mangsa jatuh dari tingkat 14, Niran Grand Condominium di Soi Arunothai, berdasarkan penemuan barangan peribadi mangsa termasuk selipar dan tiket penerbangan balik ke Malaysia di sebuah unit di aras berkenaan.

Butiran tiket menunjukkan mangsa sepatutnya kembali ke Malaysia sehari sebelum penemuan mayatnya.

Penghuni kondominium itu juga mendakwa tidak mengenali mangsa dan sebab kehadirannya di Thailand masih dalam siasatan polis.

Berdasarkan laporan itu, siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai membunuh diri namun siasatan lanjut akan dilakukan dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Bangkok. Sementara itu jurucakap Wisma Putra mengesahkan kematian mangsa.


Tapi macam pelikkan kalau nak kata bunuh diri. Kalau setakat (nauzubillah) nak bunuh diri, baik dekat jepun je sebab kat sana terkenal dengan peratusan membunuh diri yang tinggi!!

Dengar kata, kekasihnya akan/telah tiba dari tokyo untuk memberi kerjasama terhadap kes ini.

Takziah juga kepada keluarga arwah yang juga baru kehilangan ibunya baru-baru ini.

Lagi berita:

http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=588130

http://www.pattayaone.net/pattaya-news/36168/malaysian-falls-to-his-death-at-central-pattaya-condominium/


Dah berlapuk!!!several updates..

Hi semua..

Walla...dh lamanya tak update blog. nak kata bz sangat tu takde la pulak.. penyakit mim lam sin sedang melanda..ke3..actually last Suday was our 1st engagement anniversary.. Wah, sedar tak sedar dah setahun kami bertunang.. dan sedar tak sedar jugak, makin dekat tarikh triple eleven  nak menjelma..oh my!!

So sebab lama dah tak meng update, jadi agak kekok di sini. So untuk kali ni just nak update several things regarding our preparation. Sebenarnya tak banyak pun progressnya. Tapi still, sikit2 lama-lama complete la harapnya... Amin..

1. Kasut Nikah.
-Sebelum ni kan ada cerita sye dengan en.N pegi survey kasut tapi akhirnya tak beli kan [link], Tapi dalam bulan lepas jugak, kami sekali lagi pusing-pusing sunway pyramid. Kebetulan kan sekarang ni season mega sale, so amat banyak sekali sale di sana sini. Tengah jalan-jalan tu sekali, mata ku yg gatal ini[ke3] telah terpandang kasut di satu kedai kasut ni. Nama kedai tu Viss. Ni website dia[Link]..Dh la diskaun sampai 50%.jumpe pulak kasut yang berkenan.. ada dua colors plak tu.pilih- punya pilih, Saya dah berkenan kasut tu.Mula-mula nak ambik yang color dark brown,tapi macam tak menyerlah..(ha3.. gedik kan nak yang liplap2). Last, belek-belek, try-try, ambik color dark purple memandangkan kenduri belah en.N nanti pun theme maybe purple, so boleh sekali harung guna untuk nikah and bertandang..Jimat di situ..ke3... lepas balik rumah baru terfikir. Kasut itu adalah 4 inch hokehh..untuk org yg xbiasa pakai mcm saya ni,agak menyeramkan disitu!! mcm mana nak berjalan2 masa kenduri belah en.N nanti.. Harus la saya jadi patung cendana plk nnt..huhu..nmpknya ada 3 bln lg nk practise ni..aisehh..

2.Baju bertandang.
-Awal bulan hari tu pergi pameran pengantin dekat PICC putrajaya. Pergi tu pun dah hari last and petang. So, tak banyak dah booth2 yang still bukak. Memula tu pusing-pusing, nak cari doorgift dan kad jemputan. Tapi takde yang berkenan sangat. Tengok pulak booth untuk baju pengantin. tak jumpa jugak..Laaassssttt sekali, masa nak cari pintu keluar, ternampak satu booth ni. Entah macam mana blh tanya lagi harga and design-design. Sekali dia kata ada yang size besar and harga pun berpatutan. Bincang dengan en.N, en.N pn suka, so terus bayar deposit..haha..butik ni mcm indonesian owner and tempat dia kat ampang point..akhir bulan ni akan pegi ukur badan and will discuss further pasal baju untuk bertandang ni...Alhamdulillah..

3.Baju bersanding
-Still in progress. dalam bulan puasa ni boleh fitting. Tapi tak tau la macam mana nanti. Banyak cerita di sebalik baju ni..huhu..

4. Baju nikah.
-Tak hantar tempah lagi!!!hadoi.. kain chiffon pun tak pegi beli lagi. Tengah pening nak buat design macam mana. Sama ada baju kurung pahang atau dress yg kain dia luasss memandangkan lutut saya sakit and akan nampak tak senonoh kalau duduk..huhu..so, kena rushing2 beli kain and tempah dalam masa terdekat ni.. fuh..fuh..fuh..

5.Make up bertandang.
-Alhamdulillah.. Make up untuk bertandang dah booking. Menepati syarat saya yang taknak make up kt kedai, so saya dah booking abg kak Ram (agak confuse di situ) sebagai MUA saya kt sg petani nanti. Habis cerita.. dah booking, boleh duduk diam-diam..ha3..

6. Baju khatam Quran.
-Baju khatam quran dah order. InsyaAllah dlm awal bulan depan sampai. Order pun online kat FB je..jimat masa dan tenaga..ke3.. pemalas sungguh B2B ni kan.. sye beli dekat Mas Dlyana Closet..baju di cantik-cantik and berpatutan..untuk yang chumel-chumel macam sye ni pun byk..hi3..

Dan dah lupa apa lagi progress untuk preparation ni.

so, nanti kalau ada lagi progress- progress, sye update lagi

As the conclusion:
* Kasut Nikah + bertandang -->bought. DONE!!!
* Baju bersanding --> in progress
* Baju bertandang.--> booking
* Baju bersanding --> in progress
* Make up bertandang -->booking
*Baju khatam Quran -->bought. DONE!!!