Starting from hari isnin hari tu sye and kawan sye, cik Bal yg akan kawen akhir bulan ni asyik bincang pasal wedding Guestbooks atau buku tetamu jemputan. Kesian dia.. Lagi sepuluh hari tp still x jumpe guestbook. Nak tempah tapi dh tak sempat katanya. Bal kata memula dia nak cancel idea guestbook tu. Tapi bila fikir-fikir balik, dia rasa rugi kalau takde. Ye lah, Kawen sekali je kan seumur hidup. Tentu lah semua orang kalau boleh nak setiap momment atau detik tu jadi kenangan sampai bila-bila. Lagi best kalau kenangan tu dpt kita tengok balik and tunjuk kat anak cucu kita kan.
Semalam message2 dengan Bal, sambil google kat internet, jumpe la beberapa link berkenaan wedding guestbook ni. Sangat menarik idea2 yang ada.
Contoh nya mcm yg kat atas ni. Ni saya dapat dari blog As, simpleryme..As ni sebenarnya design sendiri guestbook tu. Ni nama dia kalau x silap saya, menggunakan quiling paper..sangat kreatif kan. Di samping tetamu nak menulis ucapan untuk si mempelai, boleh la mereka belek2 dulu buku ni kan. Dan juga sangat berbaloi untuk di jadikan kenangan sebab bukan nya selalu boleh jumpa buku secantik ni *wink*.. and lagi satu, guess what??!! tempahan di buka untuk anda semua diluar sana..keke..
Tapi pesanan dari As,
So, untuk saya, peluang masih ada..hi3..tengah berkira-kira untuk menempah guestbook ni..Lagi pun penghantaran nya juga katanya dibuat dengan teliti mnggunakan box supaya design tu tak rosak.
Waaa, design yang putih tu sangat sweet!! Nampak sangat fresh kan. Ni pulak dari blog shareyourlovewithcards by sazalina zakaria. Yg ni pun guna quiling paper untuk design. Erm..Macam famous jugak yek quiling papers ni. Tapi kenapa sye baru jumpa.Orang lain dah lama tau ke?hu3..Yang baby blue tu nampak classic and simple but still nice.Nampak macam eligan kan. Kalau tampal gambar pengantin a bit besar sikit pn cantik kan. Kalau saya, mungkin nak guna maroon gold atau meroon hitam.blh tak??
Yg ni pulak nampak menawan kan..Ye, hitam itu menawan..keke..Ni adalah DIY oleh seorg ex-B2B, Xora untuk majlisnya sendiri..Sangat kreatifkan. Kerawang-kerawang tu pun memang naik seri (btul ke penggunaan ni..hu3). simple yet sgt nice..
Tapi sebenarnya, di sebalik guestbooks yg sgt sweet seperti di atas, sye sebenarnya amat tertarik dgn idea yg out of box mcm kt bawah ni.
Memula cari kayu bercorak seperti ini...
Kemudian, kita letak atas meja tempat sepatutnya guestbook berada..bila tetamu datang, mereka akan tulis ucapan or wishes atas kayu2 ni..
source: Xora
Source:marthastewart |
Nak tau lg satu yg sye sgt2 berkenan tak..
Source: Lottie |
source: weddingmarch |
Ya...menggunakan cap jari anda sendiri..kreatif x???mcm sweetkan.. Dh lepas majlis, frame kan, and the memories are there forever..huhu.. sediakan mcm2 color skit bg nampak meriah dan ceria..
Sgt keatif kan B2B ni..Macam2 idea yang datang dan mencurah2..Cuma kadang2 tersekat dek kekangan masa, dan budget..Di samping tu, kreativiti pn main peranan yg penting kot. Walau pn sesuatu DIY tu nampak senang, tp kalau tangan kayu, still haru-biru jugak kan..Walau apa pun, saya percaya, setiap B2B tu ada keistimewaan yg tersendiri, dan setiap majlis yg berlangsung tu ada kemanisan yg berbeza2..*wink*
*Gambarimashou!! ~~lebih semangat plk hari ni..hihi..
No comments:
Post a Comment