Pelajar malaysia di Jepun maut di patthaya

hi semua

Pagi tadi datang kerja. Macam biasa, on pc lepas tu saya akan bukak online paper (metro)..sekali ada gambar sepasang couple as the main topic. Masa baca tu, baru perasan yang mereka tu pelajar di jepun. Which mean my super super junior..(walau pun x kenal..hu3)

Innalillah..semoga rohnya di cucuri rahmat.

Pelajar hilang 4 hari ditemui mati di Pattaya

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Jepun dan dilaporkan hilang oleh keluarganya selama empat hari akhirnya terjawab dengan penemuan mayatnya beribu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.
Muhammad Syafiq Abu Ani, 25, dari Batu Pahat, Johor ditemui mati akibat terjatuh dari sebuah kondominum di Pattaya, Thailand, 23 Julai lalu.

Menurut laporan akhbar dalam talian, pattayaone.net, siasatan polis Thailand mendapati mangsa jatuh dari tingkat 14, Niran Grand Condominium di Soi Arunothai, berdasarkan penemuan barangan peribadi mangsa termasuk selipar dan tiket penerbangan balik ke Malaysia di sebuah unit di aras berkenaan.

Butiran tiket menunjukkan mangsa sepatutnya kembali ke Malaysia sehari sebelum penemuan mayatnya.

Penghuni kondominium itu juga mendakwa tidak mengenali mangsa dan sebab kehadirannya di Thailand masih dalam siasatan polis.

Berdasarkan laporan itu, siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai membunuh diri namun siasatan lanjut akan dilakukan dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Bangkok. Sementara itu jurucakap Wisma Putra mengesahkan kematian mangsa.


Tapi macam pelikkan kalau nak kata bunuh diri. Kalau setakat (nauzubillah) nak bunuh diri, baik dekat jepun je sebab kat sana terkenal dengan peratusan membunuh diri yang tinggi!!

Dengar kata, kekasihnya akan/telah tiba dari tokyo untuk memberi kerjasama terhadap kes ini.

Takziah juga kepada keluarga arwah yang juga baru kehilangan ibunya baru-baru ini.

Lagi berita:

http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=588130

http://www.pattayaone.net/pattaya-news/36168/malaysian-falls-to-his-death-at-central-pattaya-condominium/


1 comment:

-itu gadis- said...

mak arwah was my science teacher in secondary school and meninggal pun sebab barah..and rite now anak dia plak meninggal..kesian kat family arwah..takziah~