Kalau katil pengantin x muat bilik, macam mana yek??!!

Hi semua,

Minggu ini adalah minggu menghabiskan-duit-secara-besar-besaran-akhir-bulan-makan-maggi..hu3..Mana tidaknya, sana sini ada sale, sogo sale sampai 80% (saya pergi 2 kali..ahaks), pastu terjumpa furniture sale sampai 70%, lepas tu yang x sale pun nak di beli jugak..haiyoo..memang dugaan betul.time-time yang nak save budget ni la semua buat sale berpusu-pusu. Kasihani lah sikit orang yang nafsu berbelanjanya terlebih macam saya ni..ha3..

Berbalik kepada tajuk di atas, nak dijadikan cerita, last week masa pergi jalan TAR dengan en.N, sempat sambar majalah pengantin. Rasanya bulan lepas punya kot.(motif beli majalah kat japan TAR??!!).Balik rumah tu belek-belek majalah, terjumpa furniture sale punya page(siapa yang ada majalah bulan lepas punya tau kot). Mula-mula macam tak berminat. Tapi belek lagi skali, tengok alamat kedai kt bangi.Dekat dengan rumah mak ni (dan-dan kan..hu3).Lepas tu masa balik rumah mak, borak2 mention pasal kedai tu and tunjukkan majalah tu kat mak. Lepas tgk gambar bedroom set tu and tengok harga dia, mak yang teruja lebih..hahaha..

And as the result, hari ahd pagi-pagi lagi mak dah bising2 suruh bangun ajak gi kedai tu.. kedai tu bukak pukul 10 pagi, pukul 11.25 pagi kitrorang dh sampai kedai tu..nasib baik x ramai orang.Masa kitrg sampai tu, ada satu couple makcik pakcik ni baru nak balik. Jadi salesgirl tu dapat la entertain kitrg je. Memula belek2 catalog.Lepas tu akak tu bawak pergi tengok set contoh kt atas kedai..naik2..mak aii..hahaha..gelak dulu..besar gedabak !! bak kte adik sye(dia dtg dgn tunang dia lepas kitrng balik), mengerikan je set besar2 tu. Ye la, memang set kayu Italian design yang king size tu.maunya x besar. Tolak pun tak bergerak..hahaha..
Harga kalau xde sale almost 10K (kurang seringgit dari 10K..haha)tapi ada sale 70% masa saya pergi haritu. So memang berbaloi2 la kau beli kan.Terhad 5 set je dia kata setiap sessi.Maksudnya kalau dh jual satu set, set yang sama dah takde harga tu dah. Kalau dah habis dalam sessi tu, dia akan buat sale untuk design lain pulak. Bincang2 dengan mak. Memula ingat nak ambil yg paling besar sbb harga sama je.tapi suruh adik kat rumah ukur bilik, tak muat pulakkk..haha..nasib baik ada set yang kecik skit and ngam2 dengan bilik (bukan ngam2..sendat kot..huhu)..Bincang punya bincang, pilih2 kaler *(xde byk pilihan pun sbb dh nama pn perabot kayu kan..mana byk color sgt pn)..Setuju la nk sambar satu.. telan2 air liur nk keluar duitbayar deposit hokeyy.. Maaf ye mak xde sponsor2..Fully by me ok..huhu..Ye la, sye yang nak sedap2 berdengkur atas tu nanti, takkan mak nak bayar ye tak..Lupa nak snap gambar set tu.Tapi mcm yg kt bawah ni la kot.


Lebih kurang mcm ni la kot.Tapi kaler light brown..
Bedroom set ni consists of 1 king size bed, 1 4-doors wardrobe, 2 side table, 1 dressing table with tool. Dressing table dia mcm drawer nak letak baju..besar giler..haha..Nampak dalam gambar mcm kecik je kan.. Tapi katil tu rasa2 blh muat kot 4 orang..huhu...


Lebih kurang la kot..

Oh ye, set tu akan sampai lepas raya ni. Boleh request nak dia hantar bila.Tahun depan pun boleh. Tapi sbb nak ukur2 cadar and nak deco bilik, jadi kitrg suruh dia hantar lm bulan 9 or 10 nanti..So, sekarang ni lega sebab bedroom set dah ada tapi tengah runsing memikirkan kemungkinan kalau set katil tu x muat bilik macammana??!!haruskah pengantin ini tidur atas toto beli kat golok??!!Oh my, oh my.Risau la pulakkk..huhu..Lain kali ukur baju di badan sendiri okey!!..harap2 la muat nanti..


2 comments:

ElyaElmo said...

ehehe....klo tak muat..tumpang bilik mak ayah kejap :p

-SuE- said...

hihi..memula igt nak mcm tu elya..tapi bilik tu pn dh penuh..kalau x muat kne letak kt rumah sewa la nnt..haha..