kisah amarah dan tauladan..lain kali ukur dulu baru beli!!

Apesal semua benda jadi tak best je ni.. sangat amarah tau!!!

1. Cadar katil pengantin
Seperti entry saya yang sebelum ni [click sini] , katil pengantin saya nanti adalah bersize King. Jadinya untuk katil king, haruslah menggunakan cadar yang bersaiz king. akan Tetapi, oleh kerana mak dah terbeli cadar dulu sebelum kami decide untuk beli katil, mak dah terbeli cadar bersaiz QUEEN!! nampak disini sinopsis kejadian? pendek cerita, katil dan tilam king ini tidak mungkin muat untuk di sarungkan cadar queen.. jika muat pun akan kelihatan seperti dibalit nangka..
Jadi last week, saya dan mak berpusing2 mencari cara nak memBESARkan cadar yang kurang besar itu..haha.. mungkin akan alter sikit sana sini nanti.. so sebagai langkah-langkah permulaan, kami akan membeli beads chain yang berjuntai2 tu banyak-banyak..harap-harap menjadi lah hendaknya..amiinn..

2.Beads untuk cadar pengantin
Hari Sabtu lepas pegi Jalan Tar dan semua house dengan en.N. Hajat hati nak beli beads untuk cadar kt kedai kt semua house tu..tak ingat nama kedai tu. Tapi kt tingkat bawah semua house tu ada dua kedai yang jual peralatan perkahwinan ni. Memula sampai , ramainya orang!!saya kan mudah mendidih bila ramai orang plus dilanggar-langgar ni kan.. Jadi pusing2 kejap kat kedai 1st tu then keluar. Call mak tanya nak bead macam mana.. mak suruh tengok mana yang lawa-lawa. Pegi kedai 2nd pulak.. pusing2 kedai, tak jumpa la yang berkenan di hati.
Tapi.. jumpe reben kaler gold yang berkenan di mata dan di hati. bali 2 jenis riben gold segulung setiap satu.
Kesimpulannya , x beli pun beads untuk cadar!!sebab tak reti pilih and takde mood nak pilih tengah ramai orang tu..huhu.. nanti ajak mak gi tempat lain beli. Dah la penat gi sampai semua house, benda yang nak di beli, tak beli-beli lagi..huhu..

2.Kasut nikah
ni lagi satu memang amarah tau.. Aritu  gi sunway pyramid (asyik sini je kan..haha). gi pusing-pusing sambil survey-survey barang. Ingat nak beli kasut untuk nikah nanti.try gi Blay concept store. Kasut kat sini cantik2 dan affordable la bagi saya. Try la a few heels kt sini. banyak yang tak berkenan..Try lagi kasut lain.. Dan dh berkenan kat satu kasut ni.. Tapi!! apakan daya.. last pair la plk!!! sakitnya hati.. tinggal yg display je pulak.. dah la dah kotor2 sikit. Dah la susah nak berkenan. yang berkenan tinggal display je..aduhai.. malas nak tunggu lama-lama.. keluar kedai tu.. gi makan aiskrim..haha..
kesimpulannya, misi memburu kasut nikah masih berlangsung..[sigh]

3. Baju khatam Al-quran
Ni lagi satu.. cerita masa pergi Jalan tar cari beads tu jugak.. tak kisah la cerita kucar kacir kan..haha... Kat pintu masuk semua house tu kan ada orang jual2 dress la kain ela la..etc kan.. Skali ternampak dress labuh ala-ala tangan kelawar tu.. sangat cantik.. macam-macam kaler ada.. jenis material chiffon. Tapi free size. Tapi sebab nampak besar, assume kan je la muat..dah berkira-kira nak amik kaler turquoise  nk buat baju khatam quran. Tengah-tengah jalan tu jugak salesgirl tu suruh sarung baju tu...an the result??!! sangat macam balut nangka okeh...dengan kembang setamannya..sales girl ni dok la cakap ok..ok.. sebab baju pakai banyak lapis la..bla bla...saje je kan nak suruh laris..cancel!!
kesimpulannya.. ukurla baju di badan sendiri, bukan di mata dan di hati ye!!

p/s: post takde gambar sebab pakai phone zaman tok kadok..

2 comments:

~ NANA ~ said...

byk betol dugaan kn? hihi

btw sabar k dear :)

-SuE- said...

ha3.. itulah..b2b ni mmg byk halangan dan dugaan..